
“ Mahu atau tidak, berfikir di luar kotak hanyalah suatu pilihan yang subjektif "
Pernahkah anda terfikir untuk cuba berfikir di luar kotak? Persoalan
ini saya tujukan kepada individu yang sukar untuk keluar dari kotak
permasalahan yang sedang dihadapi. Mungkin anda pernah diajukan suatu soalan
dimana anda agak terkial-kial untuk memberikan jawapan kerana anda mungkin
sedang mencari jawapan yang sesuai, berkaitan atau mungkinkah anda sudah terjerat
dengan soalan yang diberikan.
Perkara yang sama pernah dihadapi oleh saya apabila saya
menghadiri satu sesi temuduga kerja. Dalam keadaan yang kurang bersedia saya
terjerat dengan salah satu bentuk soalan yang agak tricky oleh Si Penemu duga. Selepas sahaja sesi temu duga tersebut
selesai, saya mulai berfikir adakah saya tidak dapat berfikir dengan matang
atau sebenarnya saya boleh menjawab soalan tersebut tetapi tidak dapat
memberikan jawapan yang keluar dari kotak persoalan.
Saya mulai mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai apa
sebenarnya berfikir diluar kotak. Menurut
kepada Mark McGuinness, iaitu salah seorang penulis dan penceramah Artist, Creative
and Entrepreneurs di London mendefinisikan berfikir di luar kotak adalah salah
satu klise daya kreativiti terbesar dimana anda mencabar andaian atau pendapat
anda sendiri dengan melihat persoalan yang diutarakan melalui satu sudut yang
segar.
Disini saya tertarik dengan penyataan yang diberikan bahawa
untuk berfikir diluar kotak, anda perlu memecahkan pemikiran konvensional yang
dihasilkan daripada pengalaman lepas dan berusaha untuk berfikir dengan mengunakan
perspektif yang baru. Dalam kata yang
lebih mudah untuk difahami berfikir di
luar kotak adalah suatu cara berfikir secara kreatif dan tidak hanya tertumpu
kepada apa yang telah diucapkan atau apa yang dihadapi.
Saya turut tertarik dengan satu artikel yang menyatakan bahawa
kita tidak dapat berfikir diluar kotak kerana kita hendak melakukan semuanya
dengan betul! Sekiranya kita memberikan jawapan straight forward maka kita tidak akan pernah berfikir secara
kreatif kerana orang lain juga akan turut memberikan jawapan yang sama. Kebarangkalian
bahawa kita takut untuk mengemukakan sebarang pendapat yang mungkin jauh lebih berbeza
dengan orang lain menjadi salah satu faktor penyebab bahawa kita tidak mampu
untuk berfikir diluar kotak.
Berfikir diluar kotak sememangnya melawan kecenderungan
manusia yang sememangnya cenderung untuk berada di zon selesa atau sedia ada maka
hasilnya hanyalah biasa-biasa sahaja.
Mahu atau tidak, berfikir di luar kotak hanyalah suatu
pilihan yang subjektif. Tetapi pengalaman lepas berjaya membuktikan bahawa
berfikir di luar kotak berjaya
menghasilkan ramai usahawan terkenal seperti George Eastman iaitu pengasas
kepada organisasi multi-nasional KODAK yang kini sudah lebih daripada 1 abad
dikenali di mata dunia. Pilihan kini di tangan anda, hanya satu pilihan iaitu mahu atau
tidak.
Author : Grace Yong
Author : Grace Yong